Wednesday, January 18, 2012
Antara Barcelona, Man U, Najib dan UMNO
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan adalah peminat setia Barcelona manakala Presiden UMNO adalah peminat setia Manchester United. Mereka dihantar oleh Barisan Nasional bagi mendapatkan sokongan muda terhadap Barisan Nasional di Dataran Putrajaya. Lebih 10,000 peminat Barcelona dan Manchester United yang membanjiri dataran itu memberi tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan semasa menyambut ketibaan pemimpin Barisan Nasional kira-kira setengah jam selepas perlawanan bermula.
Tuesday, October 19, 2010
Duit Rakyat 2
Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.
"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.
"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.
Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.
Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.
Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
- Bernama
Dipetik dari Malaysiakini
Ulasan APDG
5 bilion akan digunakan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat ini. 5 bilion bersamaan 5,000,000,000. Adakah wajar duit rakyat sebanyak itu dikeluarkan pada masa kerajaan meminta rakyat berjimat cermat. Di mana harga minyak amat tinggi dan membebankan rakyat. Di mana keperluan asas seperti minyak dan gula juga melambung tinggi.
Sedarkah Najib bahawa kawasan yg akan didirikan bangunan ini adalah kawasan paling sesak dan sering mengalami banjir. Kuala Lumpur adalah kawasan paling teruk mengalami kesesakan lalulintas. Kenapa perlunya mendirikan lagi sebuah bangunan di sini. Perhatikan apa yang berlaku di menara kembar petronas. Setiap hari warga Kuala Lumpur terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk ke tempat kerja dan balik dari kerja akibat kesesakan lalulintas.
Berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan wahai pemimpin Negara Malaysia.
Duit Rakyat
Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.
“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.
Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.
Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.
“Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.
Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.
“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan,” kata Tian.
Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.
“Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan,” kata Tian.- Sumber berita dipetikdari Malaysiakini
Ulasan APDG
Kos perjalanan PM dan DPM adalah 9.8 Juta pada tahun 2010.
Cuba bayangkan kalau MB Kelantan jadi PM berapa untung duit rakyat?
Kos pengurusan Jabatan Perdana Menteri 8.1 Bilion.
Cuba bayangkan kalau PM dedahkan details kemanakah 8.1 Bilion ini dibelanjakan.
Fikirlah wahai Manusia berapa banyak kos kita boleh jimat jika kita tukar kerajaan.
Saturday, November 21, 2009
Sunday, October 25, 2009
Bersama Perubahan Rakyat
Bukan sehari dua tetapi sudah lama... memang agak lama sebelum pilihanraya umum lagi saya memerhati gelagat2 segelintir pemimpin PAS yg tidak menjalankan tugas yg sepatutnya. Saya amat muskil dalam banyak benda yang berlaku dalam kepimpinan PAS......
2. Keperibadian pemimpin PAS banyak berubah selepas PRU lalu….. Ustaz dalam PAS sudah mula segan dengan pemakaian serban atau kupiah dan lebih selesa dengan TALI LEHER yang entah dari mana asal usul nyer. Perhatikan keperibadian Ahmadinejad bila berada di dalam majlis2 rasmi.
3. Harakah dah jadi macam UTUSAN dan BERITA HARIAN dengan isi kandungan yang tidak melambangkan pejuangan islam dan HARAKAHDAILY pula tidak update kepada perkembangan terkini dan hanya untuk mempertahankan pemimpin tertentu.
4.Pemimpin PAS sekarang sudah tidak boleh ditegur dan apabila ditegur mulalah menonjol kelemahan diri.
5. Pemimpin yang diharapkan banyak berdiam diri dan ader diantaranyer melepaskan jawatan kerana ingin member laluan kepada pemimpin baru yang tidak dibuktikkan keupayaan sebenar mereka.Monday, July 6, 2009
Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Manek Urai
Lautan manusia memenuhi bandar Kuala Krai bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing.
Kenderaan diletakkan agak jauh dari pusat penamaan calon
Kelab penyokong pas bersama sepanduk mereka.
Sunday, June 28, 2009
Baik Senyap Kalau Takut Nak Berdebat:Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin. Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut. “Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan Tun Guru Nik Aziz, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan Pas akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah. Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat. Dalam pada itu ,Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu. Menurutnya, Barisan Nasional (BN) kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan. “Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti. “Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada,” katanya.
Dipetik dari Sinar Harian Online