Sunday, June 28, 2009

Pemuda UMNO lebih Jantan Dari Presiden UMNO?

Pemuda UMNO sedia berdebat dengan Nik Aziz


KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan cadangan Mur-syidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ingin berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dua parti itu. Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Afandi Yusoff berkata, cadangan Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka dengan Najib perlu dilihat secara positif. “Ini kerana muzakarah atau debat merupakan perkara baik perlu dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. “Cuma apa yang ingin diperkatakan di sini ialah sebelum Nik Aziz dibenarkan berdebat dengan Perdana Menteri, beliau perlu melalui proses saringan iaitu debat pra-kelayakan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu. “Jika beliau berjaya melepasi debat pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Datuk Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, jadi tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurut beliau, cadangan Nik Abdul Aziz untuk berdebat amat dinantikan oleh Pemuda UMNO. “Pemuda UMNO bukan sahaja mengalu-alukan debat dengan Nik Abdul Aziz, bahkan saya mencabar Nik Abdul Aziz sekali lagi untuk berdebat atas apa jua topik yang beliau inginkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. “Nik Abdul Aziz boleh tetapkan tarikh, tempat dan apa jua mauduk debat yang beliau mahukan, bagi Pemuda UMNO jemputan debat ini, seumpama diajak makan kenduri, ibarat pucuk di cita ulam mendatang,” katanya

Dipetik dari Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment